Sejarah Bahasa Melayu
Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal usul penutur
aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal usul bangsa Melayu sehingga kini masih
kabur tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar
tentang latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.
Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok
Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang
kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan
akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai
Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi
Kira-kira 1500 tahun sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali
sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur
di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan
orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan,
Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan hutan
dan pedalaman. Golongan Melayu Deutro ini dikatakan nenek moyang masyarakat
Melayu yang ada pada masa kini.
Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia,
terdapat rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet-Cina.
Ahli bahasa telah membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu :
a. Bahasa Melayu kuno
b. Bahasa Melayu Klasik
c. Bahasa Melayu Moden
Sumber : Blog Dunia Bahasa Kita